SEPTEMBER 2021

65,252 Remaja Sudah Terima Vaksin


KUCHING, 16 Sept 21 : - Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Abg Johari Tun Abg Haji Openg telah turun padang bagi melihat sendiri program Vaksinasi Remaja bertempat di PPV Dewan MaJma, Kuching.

Lawatan ringkas namun bermakna kepada para Remaja dan Ibubapa mereka pada pagi tadi yang terdiri dari pelajar SMV Matang ( 557 org ) dan SMV Kuching ( 408 org ). 

Program Vaksinasi  Remaja tersebut dikendalikan oleh KKM Jalan Masjid dan KKM Batu Kawa dengan kerjasama pihak Jabatan Pendidikan, Sekolah dan Agensi Kerajaan.

Pada program tersebut seramai 6,926 org dari 25 buah Sekolah akan menerima Vaksin Jenis Pfizer dan sehingga hari ini, seramai 6606 telah divaksinasi di PPV tersebut. 

Jadual pemberian Vaksin adalah 10-16 Sept 2021 utk Dos 1 dan 1-7 Oktober 2021 untuk Dos 2. 

Pada Sidang Media, YAB Abg Jo telah menyatakan bahawa sehingga 15.9.21 sebanyak 78.8% populasi layak berumur 12 Tahun dan keatas di Sarawak telah menerima DOS pertama dan 65.8% seluruh populasi Sarawak. Populasi Remaja 12-17 Tahun di Sarawak seramai 289,200 (10.3%) dari seluruh populasi iaitu 96,400 berumur 16-17 Tahun ( 3.4% populasi penduduk), 192,800 berumur 12-15 Tahun (6.9% populasi penduduk).

Sarawak telah memulakan suntikan Vaksin C-19 kepada remaja secara berperingkat mulai 8.9.21 yang berumur 16-17 Tahun dan Remaja 12-15 Tahun dengan masalah kesihatan tertentu. Pemberian Vaksin C-19 utk Remaja 12-15 Tahun akan dijaduakan pada penghujung September 2021 mengikuti Bekalan stok Vaksin yg di jangka akan di terima pada 30.9.21. Pada 15.9.21 seramai 65,252 ( 67.3%) Remaja berumur 12-17 Tahun ( 21.8%) dari populasi 289,000 telah di suntik DOS 1 di Sarawak. 16-17 Tahun, 61,271 ( 63.6%) Populasi 96,400 dan 12-15 Tahun Berkomorbiditi 3,981 ( 2.1%) dengan Populasi 192,800. 

Katanya lagi, sehingga kini, sebanyak 234 Sekolah telah terlibat dengan aktiviti Vaksin Remaja di 10 Bahagian di Sarawak dan telah selesai menjalankan aktiviti suntikan pelajar 16-17 Tahun, manakala 2 Bahagian akan selesai pada esok hari. 

"Sehingga 14.9.21 seramai 14,281 Remaja berumur 12-17 Tahun telah di suntik di Bahagian Kuching. Sasaran Vaksinasi Remaja Sarawak berumur 12-17 Tahun akan lengkap divaksinasi 2 DOS sebelum 31 Okt 2021" katanya.

Diakhir Sidang Media, YAB Abg Jo mengucapkan terima kasih kepada remaja dan ibubapa mereka yang menerima program Vaksinasi Remaja dan juga kepada semua petugas terdiri dari guru-guru, Sukarelawan, petugas Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan.

Turur hadir, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Unggah Embas, YB Datuk Sri Prof. Dr Sim Kui Hian dan kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku